Saturday, October 1, 2011
Resepi Lee Chee Kang
BAHAN-BAHAN
BAHAN A (double boiled)
4 biji kurma merah
8 biji longan kering
1 ketul sederhana besar cendawan putih direndam dan disiat-siat
6 cawan air untuk merebus
100 g gula batu perang (sesedap rasa)
BAHAN B
6 helai agar-agar direndam dan digunting sepanjang 1cm
4 biji buah kembang semangkuk direndam dalam air masak sehingga kembang
2 sudu makan biji barli direbus sehingga kembang
BAHAN C
4 biji buah kabung
4 hirisan kundur bergula
2 sudu makan buah pala kering bergula
4 potong kelapa laut bermadu
8 biji nata de coco perasa longan atau laici
4 biji buah teratai
4 biji ginko (pilihan)
2 sudu makan cinacu di potong dadu (2mmX2mmX2mm)
1 sudu teh selasih direndam dalam
CARA-CARA
1. Masukkan semua BAHAN A di dalam 4 mangkuk seramik/kaca. Letakkan di dalam pengukus. Kukuskan selama 1-2 jam.
2. Setelah siap dikukus keluarkan dari pengukus dan letakkan BAHAN B dan BAHAN C ke dalam tiap-tiap mangkuk. Sedia untuk di makan lee chee kang panas.
NOTA:
1. Kalau malas nak buat double boiled boleh la rebuskan dalam periuk biasa longan dan kurma merah sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan cendawan putih yang telah direndam dan gula batu. Tunggu sehingga mendidih sebelum dipindahkan ke dalam mangkuk dan ditambahkan BAHAN B dan BAHAN C.
2. Jika inginkan yang sejuk bolehlah disimpan didalam peti sejuk semalaman (bukan tempat beku).
Klik sini untuk mendapatkan pengukus mini yang comel ini
Subscribe to:
Posts (Atom)