Pages

Thursday, December 15, 2011

Satay Kajang




Satay ada lah salah satu hidangan Malaysia wajib ketika rumah terbuka sambutan Hari Raya. Satay yg femes mestilah Satay Kajang. Satay Kajang Haji Samuri paling popular. So berikut aq bagi korang lokasi terhampir rumah korang kalu nk mkn Satay Haji Samuri

1. Kajang, Medan Lama
2. Kajang, Medan Baru
3. Kajang, Bangunan Dato' Nazir
4. Putrajaya, Taman Warisan Pertanian Pesint 16
5. Bandar Baru Bangi, Seksyen 16
6. R&R Kinrara (KESAS Hiway)
7. R&R Awan Besar (KESAS Hiway)
8. R&R Sungai Buloh (PLUS Hiway)
9. R&R Dengkil U (ELITE Hiway).
10. R&R Dengkil S (ELITE Hiway)
11. R&R Elmina U (Guthrie Hiway)
12. KL, Medan MARA
13. Shah Alam, Kompleks PKNS
14. Subang Jaya, Taipan USJ
15. Gombak, Taman Melati
16. Damansara, Uptown
17. Seremban, Giant Senawang
18. Port Dickson, Jalan Pantai
19. Ipoh, Medan Ipoh Bestari



Kalau ada leftover satay simpan la dalam bekas ni...

Reheatable Divided Lunch Box (1)

Saturday, December 10, 2011

Beef Posperity Burger by McD




Wah CNY da mkn hampir..... apa yg best dr McD. Tentu le burger daging bersama sos lada hitam... yum..yum... sedapnya.... every year aq mesti tak lepas kan peluang mendapatkan burger yg sedap ni tiap2 tahun.... sekurang2 nya sekali... tahun ni berjaya gak aq makan kat McD MV..... tp sos lada hitamnya pedas sedikit dan agak pedor.... tp yummy..... suker sb ada byk bawang......tp kalu beli set aq berapa suka air dia Sprite campur jus oren tu.....lebih prefer pepsi... Kentang goreng dia Twister Fries pun aq tak suka agt.....MASIN oi!! nak darah tinggi....... Tp kalu da beli set terpaksa abiskan...membazir tu kwn syaitannnnnnnnnnn.......







Jom dapatkan prosperity burger di McD yg berhampiran....


Saturday, November 19, 2011

Resepi Sup Tulang Merah



BAHAN
1 kg tulang lembu/kambing
1 bunjut sup Adabi

1 sudu makan cili giling
5 ulas bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 cawan tomato puri
2 biji besar tomato di potong dadu
1 cawan sayur campuran (karot+jagung+kacang pis)
1 bunga lawang
3 buah pelaga
2 kayu manis
4 bunga cengkih
2 daun salam kering (bayleaf)



minyak untuk menumis
gula melaka
garam

CARA:
  1. Rebus tulang bersama sup bunjut Adabi sehingga empuk.
  2. Tumis bahan yang dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun salam dan bunga cengkih sehingga naik bau.
  3. Tambahkan tomato dan tomato puri ke dalam bahan ditumis
  4. Tuangkan tulang yang telah direbus bersama air rebusan sekali.
  5. Masukkan sayuran campur.
  6. Renih sehingga kuah agak pekat. Boleh juga gunakan tepung jagung untuk memekatkan kuah tersebut.
  7. Tambahkan gula melaka dan garam secukup rasa.
  8. Bolehlah dihidangakan di makan bersama roti perancis atau nasi,

Saturday, October 1, 2011

Resepi Lee Chee Kang



BAHAN-BAHAN

BAHAN A (double boiled)
4 biji kurma merah
8 biji longan kering
1 ketul sederhana besar cendawan putih direndam dan disiat-siat
6 cawan air untuk merebus
100 g gula batu perang (sesedap rasa)


BAHAN B
6 helai agar-agar direndam dan digunting sepanjang 1cm
4 biji buah kembang semangkuk direndam dalam air masak sehingga kembang
2 sudu makan biji barli direbus sehingga kembang


BAHAN C
4 biji buah kabung
4 hirisan kundur bergula
2 sudu makan buah pala kering bergula
4 potong kelapa laut bermadu
8 biji nata de coco perasa longan atau laici
4 biji buah teratai
4 biji ginko (pilihan)
2 sudu makan cinacu di potong dadu (2mmX2mmX2mm)
1 sudu teh selasih direndam dalam


CARA-CARA

1. Masukkan semua BAHAN A di dalam 4 mangkuk seramik/kaca. Letakkan di dalam pengukus. Kukuskan selama 1-2 jam.
2. Setelah siap dikukus keluarkan dari pengukus dan letakkan BAHAN B dan BAHAN C ke dalam tiap-tiap mangkuk. Sedia untuk di makan lee chee kang panas.



NOTA:

1. Kalau malas nak buat double boiled boleh la rebuskan dalam periuk biasa longan dan kurma merah sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan cendawan putih yang telah direndam dan gula batu. Tunggu sehingga mendidih sebelum dipindahkan ke dalam mangkuk dan ditambahkan BAHAN B dan BAHAN C.

2. Jika inginkan yang sejuk bolehlah disimpan didalam peti sejuk semalaman (bukan tempat beku).




Klik sini untuk mendapatkan pengukus mini yang comel ini

Steam It