Pages

Saturday, November 19, 2011

Resepi Sup Tulang Merah



BAHAN
1 kg tulang lembu/kambing
1 bunjut sup Adabi

1 sudu makan cili giling
5 ulas bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 cawan tomato puri
2 biji besar tomato di potong dadu
1 cawan sayur campuran (karot+jagung+kacang pis)
1 bunga lawang
3 buah pelaga
2 kayu manis
4 bunga cengkih
2 daun salam kering (bayleaf)



minyak untuk menumis
gula melaka
garam

CARA:
  1. Rebus tulang bersama sup bunjut Adabi sehingga empuk.
  2. Tumis bahan yang dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun salam dan bunga cengkih sehingga naik bau.
  3. Tambahkan tomato dan tomato puri ke dalam bahan ditumis
  4. Tuangkan tulang yang telah direbus bersama air rebusan sekali.
  5. Masukkan sayuran campur.
  6. Renih sehingga kuah agak pekat. Boleh juga gunakan tepung jagung untuk memekatkan kuah tersebut.
  7. Tambahkan gula melaka dan garam secukup rasa.
  8. Bolehlah dihidangakan di makan bersama roti perancis atau nasi,

No comments:

Post a Comment